Sunday, January 23, 2011

1. Nabi Muhammad S.A.W.

                  Sesungguhnya telah ada pada ( diri )
                  Rasulullah itu contoh teladan yang baik
                  bagimu......
                                                                                        Al-Ahzab: 21


                  Muhammad itu adalah utusan Allah 
                  dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah 
                 keras terhadap orang-orang kafir tetapi 
               berkasih sayang terhadap mereka......
                                                                                                                                Al Fath: 29


    Bahawasanya Nabi Muhammad itu telah diputerakan pada 12 Rabiul Awal, bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. Ayahanda baginda Abdullah Bin Abdul Muthalib telah wafat sewaktu Nabi masih di dalam rahim ibunya. Bertepatan masanya, bonda Nabi, Aminah Binti Wahab pun melahirkan seorang putera tanpa cacat dan cela. Ibu Nabi telah menyusukan selama 3 hari.

    Kemudian baginda disusukan pula oleh Tsuwaibah dan akhirnya diberi jagaan dan susuan oleh Halimah Sa'dyahyang membawanya ke desanya di luar kota Mekah. Tinggalah Nabi dalam jagaan baik Halimah selama empat tahun dan baginda dikembalikan semula kepada bonda baginda di bawah kawalan datuknya Abdul Muthalib.
 
    Baginda menjafi yatim piatu pada usia enam tahun setelah wafatnya bonda Nabi. Maka tinggalah baginda dalam peliharaan datuknya hanya untuk tempoh 2 tahun sahaja. Setelah itu baginda dijaga dan dipelihara oleh ayah saudaranya Abu Thalib. Walaupun kehidupanya miskin, sebagai anak remaja baginda telah berikhtiar membantu dengan mengambil upah menjaga dan menbela kambing dan upahan itulah baginda dapat menolong bapa saudaranya menyara kehidupan mereka sehari- hari.